Shaykh Daud al-Fatānī bukan sahaja sebagai tokoh akidah dan fiqh malah beliau juga sebagai ulama tasawuf yang banyak dipengaruhi oleh Ibn Arabi dan Imam al-Ghazali. Apabila membaca karya Manhal al-Sāfi fī Bayan Rumuz Ahli Sufi dapat dilihat penjelasan beliau terhadap konsep Marātib Tanazzulat dan Tawhid al-Wujūd dan juga sebuah manuskrip tanpa judul yang ditemui yang menjelaskan dan menjawab penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh golongan pseudo-sufi. Begitu juga penterjemahan dan saduran beliau terhadap karya-karya Imam al-Ghazali seperti Minhaj al-ᶜĀbidin dan Bidayah al-Hidayah. Serta terjemahan dan saduran beliau terhadap Hikam Abi Madyan yang berjudul Kanz al-Minan. 

Namun begitu, Shaykh Abdul Wahab Shaᶜrānī juga turut memberi pengaruh terhadap Shaykh Daud al-Fatānī apabila beliau mengarang kitab Kashf al-Ghummah yang merupakan terjemahan dan saduran dari karya Mukhtasar Tazkirah Imam al-Qurtubi tulisan Shaykh Abdul Wahab Shaᶜrānī. 

Shaykh Daud al-Fatānī menggelarkan Shaykh Abdul Wahab Shaᶜrānī sebagai:

“al-ᶜĀrifbillah yang mempunyai Kashaf dan Taḥqīq yang merupakan penghulu kami”

Kashf al-Ghummah halaman 3

Shaykh Daud bin Abdullah al-Fatānī

Cetakan Khazanah Fathaniyah

No responses yet

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *