Pada tahun 1598M, negeri Serawak yang diketahui berada di bawah naungan Kesultanan Brunei. Pasca kemerdekaan Serawak dikenali sebagai bumi Kenyalang (50 tahun) yang merupakan negara bagian dari Malaysia. Pada waktu pemerintahan keluarga Brooke, Serawak sempat bergelar Kingdom of Serawak (1847- 1941). Namun untuk ratusan tahun lamanya Serawak dikenali sebagai Serawak Darul Hana.
Pada tahun 1598M Sultan Brunei, yakni Sultan Muhammad Hassan telah wafat (mangkat). Baginda meninggalkan 3 putera yaitu Pengiran Abdul Jalil, Pengiran Muda Tengah dan Pengiran Mawalil Wasit (Raja Bongsu). Pengiran Mawalil Wasit menjadi Sultan yakni Sultan Sulu pada tahun 1610M sampai 1650M. Pengiran Muda Tengah juga dikenali sebagai Muhammad Hafiz kerana hafaz atau hafal Alqur’an. Pengiran Abdul Jalil adalah yang paling tua atau sebagai anak sulung, namun Pengiran Muda Tengah lahir saat Sultan Muhammad Hassan sudah menjadi Putera Mahkota.
Pengiran Muda Tengah langsung tidak mempertikaikan Pengiran Abdul Jalil naik tahta menjadi Sultan Brunei walaupun baginda mampu berbuat demikian sebagai anak yang dilahirkan ketika ayahandanya sebagai Putera Mahkota. Pengiran Muda Tengah minta perkenan baginda agar boleh pergi ke ‘Serawak’ dan menubuhkan pentadbiran sebuah kesultanan disana. Baginda mau menerima dan memberi kesempatan kepada Pengiran Muda Tengah untuk kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat Sarawak.
Baginda membuat persiapan untuk pergi ke Serawak dengan ditemani oleh lebih dari 1000 perwira dari kaum Sakai, Kedayan dan Pulau Bunut. Banyak orang Awangan bersama rombongan untuk menjadi penolong- penolongnya. Beberapa golongan bangsawan turut berangkat bersamanya untuk membantu baginda mengurus sebuah negeri baru. Kebanyakan daripada mereka merupakan nenek moyang dari masyarakat Melayu di Serawak sekarang ini.
Di Serawak, Sultan baru dan anak buahnya mula membina sebuah istana dan benteng untuk mempertahankan istananya. Sultan Tengah kemudian melantik orang-orang besarnya di antaranya ialah Patinggi Datuk Seri Setia, Indera Wangsa Shahbandar Datuk, Datuk Amar Setia Diraja dan Datuk Temenggong Laila Wangsa. Setelah semuanya selesai, Sultan Tengah ditasybihkan sebagai Sultan Ibrahim Ali Omar Shah, Sultan Serawak yang pertama. Menurut Sejarah Sambas, Sultan Tengah juga dikenali dengan nama Sultan Abdul Jalil. Dikatakan pada masa inilah negeri ini digelar sebagai Sarawak Darul Hana.

No responses yet