Di antara penemuan awal penulisan kitab fiqh terawal di alam melayu ialah kitab Sirāt al-Mustaqīm karya Shaykh Nuruddin al-Raniri yang menjelaskan perihal fiqh ibadat manakala diikuti oleh kitab Mir’at al-Tullāb karya Shaykh Abdul Rauf al-Fansuri al-Singkili yang menjelaskan perihal fiqh muamalat. Selanjutnya diteruskan oleh Shaykh Muhammad Arsyad al-Banjari dengan terhasilnya kitab Sabīl al-Muhtadīn

Oleh yang demikian, dalam tempoh munculnya kitab Mir’at al-Tullāb dan kitab Sabīl al-Muhtadīn, diantara kemunculan kitab tersebut, muncul dan lahirnya pula kitab al-Kifāyah karya Shaykh Abdul Malik Abdullah (Tok Pulau Manis).

Tidak ditemukan tarikh penulisan kitab tersebut namun dijangkakan penulisan kitab tersebut pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18 selepas pulangnya dari Mekah. Salinan manuskrip yang ditemui, paling awal penyalinan nya ialah pada 1766 masihi iaitu sekitar 36 tahun selepas kematian Tok Pulau Manis.

Manuskrip yang dipaparkan ialah kitab al-Kifāyah karya Tok Pulau Manis yang disalin oleh Muhammad Husein Bin Abdul Latif yang dikenali sebagai Tok Kelaba pada 1297 H bersamaan 1879 Masihi di Mekah. Tok Kelaba antara tokoh penyalin yang prolifik. Begitu banyak sekali manuskrip yang disalin beliau malah beliau turut menghasilkan beberapa karya penulisan. 

Secara umumnya, kitab al-Kifāyah membicarakan mengenai AKIDAH dan FIQH yang terdiri dari 12 bab. Dimulai dengan perbahasan akidah iaitu mengenai rukun iman, rukun Islam, jenis hukum fiqh ke atas perbuatan manusia dan perkara yang menyebabkan kafir. Diikuti dengan perbahasan fiqh ibadah iaitu bersuci, solat, jenazah, zakat, puasa, korban, akikah, penyembelihan dan makanan. 

Tok Pulau Manis menulis kitab al-Kifāyah atas tujuan menyebarkan ilmu agama dari aspek akidah dan fiqh kepada masyarakat pada ketika itu kerana pada zaman itu,  kurangnya perbahasan tersebut dibahaskan dalam bahasa melayu jawi sebaliknya banyak penulisan dari kitab-kitab berbahasa arab. 

Manuskrip al-Kifāyah pada bahagian fiqh telah ditahqīq oleh Dr. Zurita yang dijadikan objek penelitian di peringkat Ph.D.

No responses yet

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *