Apabila membaca karya ini Jalan Dakwah Ulama Nusantara Di Haramain Abad 17-20 Masihi dapat dilihat bahawa para ulama nusantara itu mencapai kedudukan penting dalam tradisi keilmuwan di Haramain (Mekah-Madinah) serta memperlihatkan bahawa para ulama nusantara menjadi masyeikh tenaga pengajar dan memegang posisi tinggi di Masjidil Haram. Pada ketika itu, Haramain merupakan melting pot, pusat intelektual keilmuan Islam yang paling berpengaruh hingga ke seluruh dunia.
Buku ini seumpama Siyar wa Tarājim ba’dh ulamā’inā fī al-Qarn al-Rābi’ Ashr lil Hijrah karya Umar Abdul Jabbār yang menghimpunkan informasi penting mengenai ulama-ulama nusantara yang menduduki posisi penting di Haramain. Kalau tak silap saya buku tersebut diberi kata pengantar oleh Sayyid Alawi Abbas al-Maliki iaitu ayah kepada Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki.
Penulis buku ini cuba menelusuri jejak keilmuwan dan dakwah ulama nusantara yang memiliki peranan besar dalam jaringan keilmuwan yang terhubung dengan para ulama timur tengah dan Haramain Mekah-Madinah dari abad ke-17 hingga abad ke-20.
Penulis juga memaparkan tarajim dan asanid para ulama nusantara dari abad ke-17 hingga 20 Masihi, karya karya ilmiah yang dihasilkan, penyebaran dan pengaruh di dalam pendidikan, tarekat sufiyyah, pesantren, politik hingga kepada jihad fi sabilillah.
Penulis turut menyatakan, secara garis besarnya, karya-karya ulama nusantara baik yang bermukim di Mekah-Madinah atau pun mereka yang kembali ke nusantara berfungsi sebagai:
1. Menjaga sanad keilmuan hingga sampai kepada Rasulullah s.a.w.
2. Menjaga akidah ahli sunnah waljamaah.
3. Menjaga mazhab shāfie dalam syariah.
4. Wasilah penyebaran tarekat-tarekat sufiyyah di nusantara.
No responses yet